279
PEMINAT terkejut apabila mengetahui penyanyi Yeji sebenarnya tidak dibenarkan memilih sendiri warna rambutnya.
Perkara tersebut diketahui ketika penyanyi kumpulan Itzy itu meluahkan mahu mencuba gaya baharu berambut biru gelap.
Hasratnya bagaimanapun dimatikan pihak agensi apabila muncul dengan rambut warna coklat muda pada majlis pelancaran single None Of My Business bersama kumpulan Itzy.
Meskipun tetap cantik dengan warna rambut pilihan syarikat, peminat berasa kecewa kerana penyanyi kesayangan mereka tiada kebebasan dan hidup terkongkong.