439
KUMPULAN K-Pop Super Junior meraikan ulang tahun penubuhan yang ke-18 pada tahun ini.
Bagi memberi penghargaan kepada peminat, kumpulan popular Korea Selatan itu bakal mengadakan perjumpaan khas, Super Junior 18th Anniversary Special Event-It’s Blue.
Mengikut perancangan, mereka yang cukup dikenali menerusi lagu Sorry, Sorry itu akan bertemu peminat pada 4 November depan dalam dua sesi iaitu sebelah petang dan malam di Dewan Keamanan Universiti Kyung Hee, Seoul.
Ahlinya, Leeteuk, Heechul, Yesung, Shindong, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook dan Kyuhyun meluahkan rasa teruja untuk bertemu dengan peminat setelah lama berehat.
Semua maklumat dan pengumuman lanjut akan dibuat dalam media sosial rasmi Super Junior.