MENGAMBIL pendekatan berdiam ketika kontroversi anak daranya, Marissa Dania menjadi perbualan satu Malaya, pelakon Norman Hakim menjelaskan tindakan sebegitu adalah bertujuan bagi menyelesaikan isu keluarga secara tertutup.
Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon berkata, mereka sekeluarga menjadikan insiden yang ditimbulkan anak Marissa sebagai pengajaran.
Terima kasih kepada yang prihatin atas ujian buat keluarga saya baru-baru ini. Insya-Allah gerak hati dari-Nya untuk kami selesaikan secara tertutup.
“Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku. Mohon doakan yang baik-baik. Saya anggap kalian semua sahabat ukhwah,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram, hari ini.
Norman yang juga bapa kepada enam cahaya mata itu turut mengambil kesempatan memohon maaf atas kesilapan disebabkan anak perempuannya.
Katanya lagi, dia membaca setiap komen netizen dalam media sosial yang disifatkan sebagai teguran ke arah kebaikan buat keluarganya.
Saya gembira baca komen semua. Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian saya anggap itu semua sebagai teguran baik untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan serta khilaf kami.
“Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kembali ke jalan-Nya.
Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik hanya dari-Nya,” ujarnya.
Kelmarin, seorang wanita mendedahkan bahawa Marissa menjadi penyebab rumah tangganya bersama suami musnah menerusi hantaran dalam laman X.
Disebabkan apa yang berlaku, laman sosial mereka sekeluarga termasuk ibu tiru, Memey menjadi mangsa serangan netizen yang marah dengan tindakan gadis terbabit.
Begitupun, Marissa mengakui kesilapan namun menegaskan tidak semua cerita tular tentang dirinya benar, selain menegaskan hubungan dengan lelaki dikenali sebagai Aslam sudah berakhir. – HIBGLAM