Rose kini duta Rimowa

PENAMPILAN luar biasa, penyanyi Rose sekali lagi menarik perhatian jenama gergasi dunia.

Kali ini, ahli kumpulan Blackpink itu dilamar jenama bagasi terkenal, Rimowa sebagai duta global bagi memperkuatkan promosi produk ke serata dunia.

Sebelum pengumuman rasmi dibuat, pemilik nama lengkap Roseanne Park itu turut diundang ke acara pembukaan pameran ulang tahun Rimowa ke-125 di New York.

Dia juga turut serta dalam acara memotong riben sebagai simbolik pelancaran bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Rimowa iaitu Hugues Bonnet Masimbert.

Selain Rimowa, Rose turut bergelar duta jenama  Saint Laurent, Tiffany & Co. dan Sulwhasoo.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok