456
BARU-BARU ini, Jennie Blackpink dilihat menikmati percutian singkat di Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, bukan percutian yang menjadi tumpuan peminat tetapi kos penginapannya di sebuah hotel menarik perhatian umum.
Netizen mendedahkan kos penginapan di hotel Amangiri yang menjadi persinggahan Jennie bernilai sekitar RM21,000 satu malam untuk hari bekerja, manakala RM22,000 ketika hujung minggu. Bukan sembarangan!