Kos gambar pre-wedding Julien Kang hanya RM353

BAKAL mendirikan rumah tangga, pelakon Julien Kang mendedahkan hanya berbelanja murah untuk foto pra-perkahwinannya. 

Pendedahan tersebut dibuat dalam sebuah video YouTube. Katanya, dia dan pasangannya JJ hanya menggunakan telefon bimbit bagi sesi fotografi mereka. 

Dalam masa sama, pasangan tersebut juga kelihatan sedang melakukan persiapan untuk sesi penggambaran dengan bajet yang terhad. 

Dedah aktor berdarah Perancis dan Kanada itu lagi, perbelanjaan yang dikeluarkan sepanjang melakukan penggambaran adalah berjumlah 100,000 won (RM353). 

Kos yang paling mahal dikeluarkan pula adalah membeli sejambak bunga ros yang digunakan bagi sesi fotografi. 

Selebihnya, barang-barang lain yang digunakan adalah hak milik sendiri tanpa perlu mengeluarkan sebarang belanja.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok