521
GENAP usia 40 tahun, kini sudah tiba masa untuk pelakon Kim Dong-wook menamatkan zaman bujang.
Sebelum membuat pengumuman bakal mendirikan rumah tangga, bintang drama My Perfect Stranger itu sempat mengirim surat khas buat peminat melalui pihak pengurusannya iaitu Key East.
“Saya bertemu seseorang yang akan menempuhi kehidupan bersama pada musim sejuk ini.
“Saya menulis surat ini untuk berkongsi berita gembira dengan anda semua yang sering menyokong saya,” tulisnya.
Setakat ini, aktor yang diperkenalkan dalam A Crimson Mark sekitar 2004 itu berkongsi bahawa bakal isterinya bukan selebriti.