Ki Eun-sae bercerai selepas 11 tahun

SELEPAS 11 tahun  melayari kehidupan berumah tangga, pelakon Ki Eun-sae mengambil keputusan bercerai dengan suaminya.

Difahamkan, pasangan itu berpisah kerana masing-masing memiliki personaliti yang berbeza.

Perkara tersebut didedahkan dalam Instagram pelakon drama The Good Bad Mother itu untuk makluman ramai.

“Saya ingin memaklumkan perkahwinan saya sudah berakhir.

“Mungkin ada yang bimbang dengan keadaan saya tetapi jangan risau semuanya baik-baik sahaja,” kongsinya dalam Instagram.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok