Isteri Haqiem Rusli hamil atau buncit?

SEJAK berkahwin dengan penyanyi Haqiem Rusli, isterinya iaitu Anis Sofea juga tidak terlepas daripada menjadi sorotan dan perhatian netizen.

Bermula daripada isu buka tudung, sehinggalah tentang kehidupan alam rumah tangganya. Selepas hampir dua tahun bergelar pasangan suami isteri, nampaknya sehingga kini mereka masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Namun baru-baru ini, Anis sekali lagi menjadi bualan pengikutnya apabila dia memuat naik beberapa foto ketika berada di atas kapal.

Apa yang menarik perhatian adalah bentuk perutnya apabila kelihatan sedikit buncit. Ramai yang bertanyakan jika wanita berusia 23 tahun itu sudah hamil.

Sebab memang jelas kelihatan bentuk seakan-akan ‘baby bump’. Jika benar Anis kini sedang berbadan dua, tahniah Diva ucapkan.

Tapi kalau belum ada rezeki lagi, tidak mengapa. Sebab kedua-duanya masih lagi muda.

DIVA: Semua wartawan kena ‘kencing’ dengan Serina Redzuawan. Katanya nak hadir ke sebuah majlis baru-baru ini, tapi sampai kesudah batang hidung tak muncul-muncul.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok