Hanbin cuba nasib jadi hos

BUAT pertama kali, penyanyi Hanbin muncul sebagai pengacara dalam rancangan muzik M! Countdown.

Pemilik nama lengkap Sung Han-bin itu yakin dapat menonjolkan kehebatan bakat serba bolehnya.

“Ketika saya kecil dahulu, saya mengimpikan untuk menjadi penyanyi sambil menonton M! Countdown.

“Kini, saya sudah menjadi hos untuk rancangan ini dan sangat berbesar hati untuk menyambut penonton.

“Saya berharap dapat belajar bersama penyanyi dan senior lain selain menunjukkan daya tarikan diri,” katanya menerusi pihak pengurusan iaitu Wakeone Entertainment.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok