469
KEAKRABAN dua selebriti, Jeon So-mi dan RM mencetuskan tanda tanya ramai memandangkan mereka tidak berada bawah pengurusan sama.
Namun, So-mi tampil menjelaskan bagaimana permulaan menjadi sahabat baik kepada ahli BTS itu.
Menurut So-mi, pertama kali berjumpa RM adalah ketika makan malam bersama G-Dragon pada acara Peaceminusone X Nike.
Sejak itu, mereka mula berkawan rapat dan peminat menamakan G-Dragon sebagai individu yang bertanggungjawab atas perhubungan tersebut.