Berkongsi foto menampakkan bahagian dada dan belakang badan berotot dalam media sosial, anggota kumpulan BTS, Jungkook sohor kini di seluruh platform sosial media Korea Selatan.
Menurut sebuah laporan, Jungkook kini makin aktif bersenam di gim untuk meningkatkan stamina dan ketangkasan ketika membuat persembahan pentas.
Susulan tularnya foto tersebut, rata-rata netizen terutamanya Army (kelab peminat BTS) meninggalkan pelbagai komen dan respons selain kagum melihat badan kekar idola pujaan mereka itu.
“Tampan sungguh wajah Jungkook, badannya sasa seperti putera raja, tidak salah lagi saya menjadikan oppa (abang) sebagai idola,” komen seorang peminat.
“Jungkook adalah definisi sentiasa berusaha memperbaiki imej diri meskipun sudah mempunyai raut wajah tampan, peminat patut mencontohi ketekunan dan disiplin Jungkook,” komen peminat.