PENYANYI yang kini mencipta nama di persada muzik antarabangsa, Agnez Mo mendedahkan pernah mendapat tawaran untuk membuat persembahan di sebuah kelab bogel.
Penyanyi yang sebelum ini mesra disapa sebagai Agnes Monica berkata, tawaran tersebut ditolak biarpun ditawarkan bayaran lumayan sekitar AS$25,000 (RM116,000) satu malam.
“Budaya mereka berbeza, di sana lagu-lagu urban biasa dipromosi di kelab termasuk kelab tarian bogel.
“Waktu itu saya disuruh datang hanya 30 minit dan dibayar dengan harga yang lumayan untuk berada di kelab malam bogel terbabit,” ujarnya.
Agnez bagaimanapun tidak menganggap persembahan di kelab bogel sesuatu yang terlarang, namun bertentangan dengan prinsipnya.
“Saya tidak mahu usaha untuk sampai ke tahap ini akan rosak hanya kerana itu,” ujarnya.