Aktor, Abhishek Bachchan mendedahkan tidak kisah masih tinggal sebumbung dengan ibu bapanya walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.
Biarpun sudah beristeri dan mempunyai anak meningkat remaja, suami kepada Aishwarya Rai itu mengaku selesa tinggal serumah dengan Amitabh dan Jaya Bachchan.
Dalam sebuah temu bual podcast, aktor berusia 47 tahun itu mendedahkan tanggungjawab menjaga ibu bapa sememangnya sudah disematkan dalam diri sejak dulu lagi.
Dia juga tidak pernah menganggap orang tua sebagai beban sebaliknya berasa gembira dapat berbakti kepada ibu bapanya yang kini kian dimamah usia.
Dia turut menyatakan tidak dapat membayangkan hidupnya jika tidak tinggal dengan orang tuanya.
Walaupun tinggal sebumbung, dia berasa kurang meluangkan masa dengan Amitabh, 81, dan Jaya Bachchan, 75 berikutan terikat dengan komitmen kerja.