349
HUBUNGAN akrab kumpulan Verivery dapat disaksikan apabila mereka mengiringi ahli paling tua, Dongheon menjalani perkhidmatan ketenteraan wajib Korea Selatan.
Ketua kumpulan Verivery itu secara rasmi melaporkan diri dalam kem tentera pada 28 Ogos lalu.
Bagi menghormati permintaan Dongheon yang ingin mendaftar secara senyap, pihak pengurusan merahsiakan masa dan lokasi pendaftaran.
Dongheon memulakan latihan asasnya pada 29 Ogos lalu sebelum diberikan jawatan di kem terbabit.
Dia akan menghabiskan latihan ketenteraannya pada 27 Februari tahun hadapan.