378
PENGGUNAAN trak yang dilengkapi layar LED memaparkan keluhan kekecewaan terhadap artis kesayangan kini menjadi trend dalam kalangan peminat K-Pop.
Antara artis terkena tempias termasuklah penyanyi Jeon So-mi apabila sekelompok peminat mengugut mahu menghantar trak sebagai tanda protes terhadap pihak pengurusannya.
So-mi bagaimanapun merayu peminat tidak melakukan tindakan tersebut.
Difahamkan, ugutan tersebut mula tercetus apabila penyanyi kelahiran Kanada itu sudah dua tahun tidak melancarkan album atau single.
Hasilnya, So-mi hadir dengan album baharu berjudul Game Plan 7 Ogos lalu dan membuatkan peminat teruja.