PERKONGSIAN pelakon Puteri Sarah Liyana mengenakan persalinan ala puteri kayangan menarik perhatian peminat yang memuji pesona dan kecantikan dimilikinya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 38 tahun itu berkongsi sesi fotografi bagi mempromosikan sebuah persembahan teater berjudul Pak Pandir dan Labu Ajaib yang bakal dipentaskan tidak lama lagi.
Sambil bergaya di hadapan kamera, busana puteri dengan rona keemasan lengkap hiasan kepala yang dikenakan Sarah membuatkan ibu Tunggal kepada dua orang cahaya mata itu kelihatan anggun.
Akan datang Ratu Sukma dalam teater Pak Pandir dan Labu Ajaib,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.
Peminat yang memuji kecantian Sarah menyifatkan dia tidak ubah seperti karakter Maleficient lakonan aktres terkenal Hollywood, Angelina Jolie, namun dalam versi wanita Melayu.
“Macam karakter Maleficient versi Melayu!” puji seorang peminatnya.
Macam karakter Angelina Jolie dalam filem Maleficent,” komen seorang lagi peminatnya.
Selain memuji kecantikan Sarah, ada juga peminat mendoakan agar bekas isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu menjadi seorang permaisuri suatu hari nanti.
Nama pun Puteri Sarah. Memang padan dengan kecantikannya sebagai ‘puteri’. Semoga jadi seorang puteri,” kata seorang pengguna Instagram yang turut ‘diaminkan’ oleh beberapa individu lain.
Difahamkan, selain Sarah, teater Pak Pandir dan Labu Ajaib turut dijayakan pelakon Janna Nick, Noreen Iman dan Aya Amiruddin. – HIBGLAM
View this post on Instagram