382
KEAKRABAN bekas ahli kumpulan Exo iaitu Tao dan Luhan kekal utuh walaupun sudah membawa haluan sendiri.
Lebih menggembirakan peminat apabila Tao hadir menyaksikan konsert Luhan sebagai tanda sokongan.
Tambah mengujakan apabila penyanyi asal China itu berjanji berkolaborasi dengan Tao pada masa akan datang.
Ketika sama-sama menganggotai Exo, mereka sering mengadakan latihan bersama selama bertahun-tahun dan kerana itu persahabatan yang terbina erat sehingga kini biar sudah berdiri sebagai penyanyi solo.