1.2K
PENYANYI kumpulan After School, Nana kini dalam proses menghapuskan tatu pada badannya.
Perkara tersebut dilakukan atas permintaan ibu yang ingin melihat badan penyanyi berusia 32 tahun itu bersih daripada sebarang tatu.
Nana atau nama sebenarnya Im Jin-ah itu mendedahkan bahawa membuat tatu merupakan sebahagian daripada caranya melepaskan emosi.
Disebabkan keadaannya semakin baik, penyanyi yang juga aktres itu tidak keberatan untuk menunaikan hasrat ibu walaupun sebelum ini dia diberikan keizinan mencacah tatu.
Foto-foto terkini Nana juga memperlihatkan tatu pada badannya semakin memudar.