BERBUNYI unik, pemilihan nama SITISM sebagai judul diskografi ke-20 sepanjang hampir 30 tahun dalam industri muzik boleh dikira satu keputusan tepat buat Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sebagaimana ada yang mengakui penganut ‘Sititology’, kini Sitism juga secara simbolik rasmi Siti Nurhaliza sebagai satu jenama muzik yang utuh.
Boleh dikatakan sebagai ‘tanda dagang’ buat dirinya, SITISM dipadatkan dengan ciri tersendiri, mewakili siapa Siti, tentang pengaruh dan jenama penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu di mata industri.
Atas pemahaman-pemahaman sebegitulah, penghibur kesayangan ramai itu melihat penerbitan SITISM itu sebagai bingkisan segar istimewa daripadanya seiring peredaran masa dan perkembangan muzik global ketika ini.
Album tersebut juga dilihat sebagai serlahan jiwa serta identitinya yang disatukan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan visual kulit album.
Menurutnya, SITISM dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti.
Imbuhan ‘ism’ adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju karya berkenaan,
Apabila nama Siti dan imbuhan ‘ism’ ini digabungkan, SITISM membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solo ke-20 ini,” kata Siti.
Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari www.kosmo.com.my