258
SATU tradisi unik dalam kumpulan Monsta X apabila setiap anggota perlu membantu satu sama lain mencukur kepala sebelum menyertai tentera diteruskan Hyungwon dan Jooheon.
Kali ini, Hyungwon dilihat menemani Jooheon mencukur rambut sebelum melapor diri dalam perkhidmatan ketenteraan.
Selepas bercukur, Hyungwon sempat bergurau memeluk kepala Jooheon yang kini botak.
Idea tersebut pada asalnya dicadangkan Minhyuk dan kemudian dijadikan rutin anggota kumpulan Monsta X setiap ada ahli yang perlu berehat demi menyahut panggilan negara.