Aktres Uqasha Senrose meluahkan rasa kecewa apabila disindir netizen kerana masih belum dikurniakan anak selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Menurut Uqasha, 30, soal anak tidak perlu dipersoalkan kerana semuanya sudah dirancang oleh Tuhan.
‘Ya Allah sedihnya, boleh awak cakap macam ini? Itu rezeki daripada Allah. Terima kasih banyak-banyak.
“Doa apa begitu?” katanya dalam nada kecewa.
Dia berkata demikian membalas sindiran seorang netizen dalam ruangan komen Instagram yang melahirkan rasa kasihan kerana Uqasha dan dua adik-beradiknya iaitu Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose masih belum dikurniakan cahaya mata.
Tidak tahan sindiran berbaur negatif tersebut, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu menasihatkan pengikut Instagramnya agar berhenti berbalah dalam ruangan komen.
“Tidak payah layan dengan orang yang tidak reti (tahu) jaga hati orang dan juga mulut. Lagi layan lagi menjadi,” katanya lagi.
Bukan tidak pernah hamil, Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada tahun lalu.
Kali pertama kejadian tersebut berlaku ialah pada awal tahun 2022 manakala yang keguguran kedua pada November 2022.
Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. – HIBGLAM