Jiwa Kacau yang hangat dan ‘lazat’

MENAMPILKAN band-band yang tidak lagi perlu diperkenalkan setiap kali beraksi di mana-mana pentas, konsert Jiwa Kacau dengan paduan Insomniacks, Masdo, Bunface dan Hujan ternyata sebuah pentas panca jiwa.

Dari judul ‘showcase’ sudah cukup memberikan bayangan bahawa malam tersebut sememang penuh bertenaga, penuh kehangatan.

Ternyata jangkaan itu tepat apabila persembahan yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam tersebut dibanjiri lebih 7,000 penonton.

Pentas dibuka dengan kumpulan Insomniacks yang membawakan lagu berjudul Langgar, Here Again, Igauan Malam, Reminisensi, Sempurna dan Pulang.

BIARPUN acara hiburan, Showcase Jiwa Kacau turut memperdengarkan azan maghrib sebelum Insomniack membuka gelanggang persembahan.

Rata-rata kumpulan membawakan enam hingga sembilan buah lagu untuk melengkapi tiga jam durasi showcase.
Insomniacks sangat terkenal dalam kalangan peminat wanita yang gemarkan lagu ‘galau’ menusuk kalbu lebih-lebih lagi buat individu yang masih mengharapkan balasan cinta.

Malam Jiwa Kacau diteruskan dengan Kugiran Masdo mempersembahkan lagu pertama berjudul Janji Manis.

Dengan irama pop 1960-an, Masdo sekali gus mengheret muda-mudi ke era pop yeh yeh dengan untaian penuh kerancakan seperti Miss Flower, Terunadara, Inilah Jalannya, Dinda, Bunga, MPRNR dan Bercanda Di Malam Indah.

NOH selaku vokalis Hujan mempersembahan lagu Fix You nyanyian asal Coldplay sebagai acara penutup Malam Jiwa Kacau.
– SADDAM YUSOFF

Tidak lengkap persembahan Masdo tanpa tradisinya iaitu mencangkung beramai-ramai. Seperti sudah biasa, seisi dewan berbuat demikian dan kemudian melompat selepas vokalisnya membuat kiraan sehingga nombor empat.

Tenaga luar biasa turut dikongsikan penonton walaupun ada Bunkface sedang menanti giliran naiik ke pentas.

Bunkface mulakan persembahan dengan lagu Bunk Anthem, Malam Ini Kita Punya, Ekstravaganza dan Rentak Laguku.
Memang tidak dapat dinafikan lagi kehebatan Bunkface dalam membuat persembahan apabila meneruskan kegilaan mereka dengan lagu Darah Muda, Panik, Situasi dan Revolusi.

MASDO tidak pernah mengecewakan peminat dengan getaran 1960-an yang menjadi identiti muzik mereka.

Seperti tidak cukup lapan buah lagu yang disampaikan oleh kumpulan rock lelaki itu.

Kerap kali vokalis Bunkface iaitu Sam menasihati penonton untuk tidak bergaduh kerana mereka dihalang oleh pengawal keselamatan daripada melakukan mosh yang merupakan gaya tarian yang dilakukan beramai-ramai sambil menolak sesama sendiri.

Namun, kemunculan kumpulan Hujan ke pentas menghalang pengawal membiarkan penonton mosh seperti konsert-konsertnya sebelum ini.

Sebanyak sembilan lagu dipersembahkan oleh Hujan seperti Obsesi, Mencari Konklusi, Dugaannya, Perindu Kalbu dan Jiwa Kelajuan.

Enggan membiarkan Raingers (nama kumpulan peminatnya ), Hujan meneruskan persembahan Ahmoi Chantek, Lonely Soldier Boy, Empayarmu dan Aku Skandal.

Menyedari kedahagaan peminat, Hujan turut menyampaikan lagu Fix You nyanyian asal Coldplay sebelum meninggalkan pentas meninggalkan banyak kepuasan kepada penonton.

Vokalis Bunkface, Sam sempat mengajak penonton naik pentas untuk menyanyi bersamanya.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok