Anak menentang niat Hafidz Roshdi nak kahwin lain – Shuhada

“ANAK-anak pun menentang perkara itu (hubungan Hafidz dengan orang ketiga).”

Demikian respons isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mengenai khabar angin Hafidz bakal bernikah dengan wanita yang bernama Athirah tidak lama lagi.

Enggan dirinya terganggu dengan dakwaan tersebut, dia hanya menyerahkan semuanya kepada Allah SWT.

“Saya serahkan semua kepada Tuhan. Allah janji, pembalasan-Nya lebih pedih.

“Kalau anak-anak nak jumpa bakal ibu tiri, itu terpulang kepada kehendak mereka walaupun hakikatnya mereka sangat menentang perkara tersebut.

“Harapnya mental anak-anak tidak terganggu, cukup dengan semua ini,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Berkongsi mengenai penjagaan Humairah dan Umar, kedua-duanya kini dijaga oleh Shuhada di kampung halamannya di Perlis.

“Anak-anak akan dibesarkan oleh saya di Perlis. Kalau Hafidz nak berjumpa anak-anak, dia boleh ke Perlis,” ujarnya.

Ditanya dakwaan segelintir pihak yang melabelnya belum ‘move on’ daripada Hafidz, Shuhada menjelaskan bahawa semuanya tidak berkaitan dengan perasaan cinta terhadap suaminya.

“Kalau bercakap mengenai ‘move on’, dari segi apa? Sebenarnya, bukanlah saya nak kembali kepada dia.

“Bila Allah uji dan tegur hati kita, Dia hanya pinjamkan kebahagiaan dan ambil semula, ‘Move on’ untuk saya adalah antara saya dan ujian Allah itu.

“Insya-Allah, semuanya akan berlaku tetapi mengambil masa. Bukanlah saya tak boleh ‘move on’ daripada dia atau apa,” katanya lagi.

Hari ini, mahkamah menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh baru bagi prosiding lafaz cerai pasangan berkenaan selepas plaintif dan defendan selesai memberi kenyataan secara bertulis serta lisan.

Pada prosiding sebelum ini, mahkamah telah menetapkan hari ini sebagai perbicaraan pengesahan lafaz cerai itu.

Ini kerana Akberdin ketika prosiding lalu memaklumkan terdapat isu berhubung lafaz cerai luar mahkamah yang didakwa berlaku sebanyak dua kali dan Nurfarhana tidak membantah untuk kes itu dibicarakan.

Akberdin memaklumkan Shuhada mendakwa suaminya ada melafazkan cerai lebih awal melalui aplikasi WhatsApp pada Januari lalu.

Menurut peguam syarie itu, pihaknya terkejut apabila melihat tuntutan balas kononnya Hafidz ada melafazkan cerai lebih awal iaitu pada 22 Januari lalu, sedangkan dalam permohonan cerai lafaz itu dibuat pada 22 Februari.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

– HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok